Tuesday, 15 November 2011

Amar Makruf Nahi Mungkar

DARIPADA Abu Said katanya: aku dengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (Muslim).

Pengertian

Rasulullah ada mengingatkan supaya umat Islam bertanggungjawab membanteras kemungkaran, sesiapa saja yang melihat atau mengetahui wujud sebarang kemungkaran di mana-mana, terutama di tempat yang terbuka, hendaklah mencegahnya sedaya-upaya, mengikut kemampuan masing-masing. Kalau ada kuasa, maka dengan kuasa yang ada padanya. Sekiranya tidak berkuasa, boleh juga dilakukan pencegahan dengan teguran, aduan, laporan dan nasihat atau pengajaran yang baik, dan siapa yang tidak mampu juga, boleh dilakukan tugas tersebut sekalipun dengan hati, iaitu dengan membenci dan tidak merelai berlakunya kemungkaran tersebut.

Kesimpulannya

Tugas amar makruf dan nahi mungkar itu, tidak boleh diabaikan tanpa pengecualian, semua umat bertanggungjawab mencegahnya, bila saja kemungkaran itu dapat dilihat atau diketahuinya sesuai dengan kemampuan masing-masing.

No comments:

Post a Comment